30 May 2007

Aizat!! Aizat!!


Akademi Fantasia 5 (AF5) sudah berlalu 2 minggu lepas. Sebenarnya, aku bukannya die-hard fan AF, tapi menonton sekadar suka-suka dan aku tak pernah sms mana-mana peserta walaupun aku suka bangat dengan peserta AF tu. Nak mati..dah lah bil telefon mak aku bayar kan. AF 5 ni aku paling suka dgn Aizat. Sebabnya suara dia memukau dan mampu membawa lagu pelbagai genre dan mempunyai bakat bermain instrumen. Aku harapkan Aizat yang akan ke peringkat akhir. Tapi, nak buat macam mana, dah tak de rezeki. Tak kisahlah walaupun badan dia besar! Namun, ada juga orang yang tak suka dengan Aizat sebab ego dan suka tunjuk pandai. Itu yang mereka lihat di dalam Diari AF. Tak adillah mereka membuat penilaian daripada situ. Aku bukannya peminat Diari AF sebab segala yang ditunjukkan semuanya suntingan. Aku rasa Aizat ni jenis orang yang berterus terang dan tak suka simpan dalam hati. Salah ke berterus terang? Sejak Aizat tersingkir, aku dah tak minat tengok AF. Macam tak ada seri. Persembahan Aizat yang paling aku suka tentu sekali lagu Perpisahan. Memang betul-betul menjiwai! Kepada Aizat, semoga berjaya dalam bidang yang diceburi! Jangan peduli apa orang kata!

No comments: